Thursday, 12 April 2018

BN Tanggung Tunggakan Cukai Akibat Janji PAS

SHARE


Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Tunggakan itu adalah langkah BN untuk tidak membebankan penduduk selepas mereka tidak membayar cukai pintu berikutan janji PAS dalam manifesto parti itu pada PRU-11 untuk memansuhkan cukai berkenaan jika menang menyebabkan tunggakan itu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh, berkata selepas memenangi kerajaan negeri Terengganu pada PRU-11, kerajaan negeri PAS tidak mengeluarkan arahan pemansuhan cukai pintu, sebaliknya hanya mengarahkan PBT tidak mengutipnya.

Beliau berkata, kerajaan PAS pada 1999 hingga 2004 juga tidak mengeluarkan arahan bertulis termasuk kelulusan mesyuarat EXCO kepada PBT mengenai pemansuhan cukai pintu.

"Kerajaan pimpinan PAS negeri juga tidak pernah membentangkan untuk mendapatkan kelulusan pemansuhan cukai pintu di Parlimen.

"Pemansuhan cukai pintu di negeri ini hanya boleh dilakukan jika Parlimen meluluskan pindaan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)," katanya kepada NSTP.

Samiun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Manifesto PAS yang sekali lagi berjanji untuk mengecualikan cukai pintu kediaman jika berjaya merampas negeri ini pada PRU-14.

Katanya, selepas BN berjaya merampas semula negeri pada PRU-12, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membebankan rakyat apabila menjelaskan bayaran tunggakan cukai pintu kepada MBKT sebanyak RM26 juta- BERITA HARIAN



SHARE

Author: verified_user

0 komen: