![]() |
Nor Aeni bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada MAM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail |
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merekodkan
sejumlah 794 liputan media di akhbar utama edisi timur dan nasional
dengan nilaian berita berjumlah RM16.8 juta telah memberi kesan secara langsung kepada dalam memperkasakan universiti
itu sepanjang tahun lalu.
Naib Canselor UMT, Prof Dato Dr Nor Aeni Mokhtar , berkata menyedari perkara itu, Pusat Komunikasi Korporat UMT sebagai
penghubung kepada pihak media terus
mengambil insiatif mempelbagai program, memperkasakan kajian, selain
menjenamakan semula #UMTSohor.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media (MAM)
2018 di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.
Hadir sama, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda
Mamat, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Wan Abd Rahman Hayat.
Kira - kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi media
hadir memeriahkan MAM yang menawarkan sebuah peti sejuk sebagai cabutan utama.
Dr Nor Aeni turut memberitahu,
ledakan perkembangan teknologi informasi maklumat, dunia kewartawanan kini menyaksikan
kemunculan akhbar-akhbar dalam talian, penyebaran berita melalui laman sosial
seperti facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp, menjadi cabaran
mempertahankan agenda nasional sangat besar dan mencabar.

“Namun, saya percaya biar secanggih mana pun teknologi yang
digunakan dalam dunia kewartawan baik di media cetak, elektronik mahu pun
portal berita, etika serta tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah
berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat dalam aspek pendidikan,”katanya.
0 komen: