Friday, 23 March 2018

Turun Padang Sentuh Hati Rakyat

SHARE

Bazlan bersama penduduk Pulau Redang. Gambar oleh Suriati Ali

Tidak protokol, sederhana dan berusaha sedaya upaya untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

Itu antara sikap dan perwatakan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dalam kalangan masyarakat setempat.

Kriteria yang digalas Bazlan itu menyebabkan belaiu disenangi kerana tidak pernah meletakkan sebarang syarat semasa berurusan dengan orang ramai.

Lebih menyenangkan lagi  apabila perkhidmatan sebagai wakil rakyat tidak hanya tertumpu kepada masyarakat di tanah besar sahaja malah penduduk di perkampungan Pulau Redang.

Setiap bulan Bazlan tidak lupa menjenguk penduduk perkampungan itu dengan mengadakan pelbagai program sentuhan rakyat, termasuk Program Mengagihkan Wang Ehsan, pada hari ini.

Seorang penduduk,  Mohd Nor Musa, 80 berkata, dia mengenali Bazlan ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, memiliki sifat peramah dan sangat menyenangkan.

Katanya, setiap bulan datang menjenguk penduduk pulau dengan membawa barangan sumbangan.

"Seperti hari ini, dapat  wang bantuan banjir berjumlah RM1,000.

"YB Bazlan bagi tahu, duit ini dari Kerajaan Pusat RM500 dan selebihnya dari kerajaan negeri, " katanya.

Ibu tunggal Zaimah Mat Amin, 72 berkata, wang RM1,000  yang diagihkan melalui YB Bazlan sangat bernilai, boleh beli ubat- ubatan dan barangan keperluan dapur.

" Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak pernah melupakan rakyat, terutama yang sudah uzur, golongan warga emas dan ibu tunggal, " katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: