Tuesday, 20 March 2018

Terengganu Boleh Menang Dua Pertiga - Lokman

SHARE
Lokman ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman.


Senario politik Negeri Terengganu tetap memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Lokman Noor Adam berkata, kemenangan dua per tiga itu bukan Terengganu sahaja malah di peringkat parlimen dan Pusat juga akan menang besar pada PRU14.

Katanya, beliau berani menyatakannya perkara tersebut kerana dalam PRU13 yang  2013, pelbagai fitnah yang ditabur oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN namun tuduhan tersebut tidak memihak kepada pembangkang.

“Walaupun ketiga-tiga barisan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS bergabung sejak PRU10 lagi namun ianya tidak berjaya, akhirnya BN juga yang menang dan ketika itu juga satu lawan satu antara BN dan pembangkang,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.

Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) serta di akhir majlis diadakan sesi soal jawab bersama Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan Malaysia.


Turut hadir Pengarah Unit Komunikasi Terengganu (UKOM), Dato’ Muda Mamat dan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin.

Hadir sama, ketua-ketua jabatan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung seluruh Kemaman dan kakitangan kerajaan.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: