Saturday, 24 March 2018

RM100 Ribu Suntikan Untuk Kelab Sahabat Najib

SHARE

Kerajaan negeri menyerahkan bantuan RM100,000 kepada Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu bagi pengurusan kelab dan persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Daripada jumlah itu, RM10,000 diagihkan kepada Kelab Sahabat N87 setiap daerah, manakala RM20,000 kepada kelab negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan peruntukan itu pihaknya berharap kelab berkenaan akan terus menjalankan program yang bermanfaat serta bersama-sama menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) supaya terus kekal mentadbir negeri dan negara.

Bantuan pentadbiran kepada setiap daerah sempena Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

"Saya berharap ahli-ahli kelab Sahabat N87 kuatkan semangat untuk terus berjuang bagi memastikan kelangsungan BN pada PRU14.

"Calon sudah ada.. yang pasti kita perlu bekerja keras untuk memastikan kita mampu menang dua pertiga majoriti kerusi DUN negeri dan juga dua pertiga peringkat Pusat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar.


Ahmad Razif berkata, sampai masanya pada PRU14 nanti, BN mampu merampas semula 11 lagi kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.

Menurutnya lagi, kemenangan itu akan menambah 15 lagi wakil rakyat BN sekali gus mengukuhkan pentadbiran dengan suara majoriti.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: