Sunday, 4 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Lima Menang Pakej Perkahwinan

SHARE
Nur Afrina Mohd Azmi, murid tahun lima yang berjaya membawa pulang salah satu hadiah cabutah bertuah utama sempena Ekspo Terengganu 2015.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Hanya datang ke ekspo untuk melihat pelbagai aktiviti bersama keluarga akhirnya membawa tuah kepada Nur Afrina Mohd Azmi,11, apabila muncul antara pemenang hadiah cabutan bertuah utama sempena Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam ini.

Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, Setiu yang juga anak sulung daripada tiga beradik menerima pakej perkahwinan bernilai RM20,000 sumbangan Primula Beach Hotel.

Cabutan itu dilakukan Menteri Besar, Dato' Seri  Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To' Puan Seri Halina Zakaria.

Menurut  ibunya, Nur Shaarawati Deraman, 32, dia bersama suami, Mohd Azmi Abllah,44,  serta tiga anak termasuk Nur Afrina hanya sekadar mencuba nasib sebanyak tiga kali.

"Kami sekeluarga datang ke ekspo kerana anak-anak yang ingin melihat sendiri aktiviti serta pameran yang diadakan di sini...tiga kali pada Ahad, Khamis dan hari ini.

"Sebab dah berada di sini, kami hanya suka-suka daftar dan tidak pernah letak harapan yang tinggi..jadi bila umum nama Nur Afrina, terkejut dan merasa gembira,"katanya.

Nur Shaarawati turut berkata, setakat ini mereka belum mempunyai perancangan mengenai pakej tersebut memandangkan usia Nur Afrina masih muda.

Manakala Mek Yah Muda,48 , dari Kuala Terengganu berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah rumah apartment ladang Tok Pelam, sumbangan kerajaan negeri sempena Ekspo Terengganu 2018.

Seramai 20,000 orang hadir pada malam penutup Ekspo Terengganu 2018 yang bermula 25 Mac  sehingga 6 petang esok.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: