Saturday, 31 March 2018

Misi Masuk Kampung Kuala Berang

SHARE

Masyarakat sekitar kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang begitu teruja apabila sekumpulan jururawat mengunjungi rumah mereka secara mengejut semalam.

Kumpulan jururawat ini datang dengan satu tujuan bagi menabur bakti kepada masyarakat dengan jalankan pemeriksaan percuma kepada orang kampung melalui Program Misi Masuk Kampung anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Adun Kuala Berang.

Program tersebut turut melakar sejarah tersendiri kerana julung kalinya diadakan dalam Dun Kuala Berang dengan diiringi barisan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK).

Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata pada kali ini lebih 300 jururawat pelatih
doktor dan kakitangan kesihatan menjelajah ke setiap ceruk di 37 buah kampung dalam dun berkenaan secara serentak.

"Program ini memberi manfaat kepada 500-600 penduduk kampung dalam Dun Kuala Berang pada kali ini.

"Misi-misi ini bukan sahaja ke rumah pesakit kronik tetapi juga jalankan pemeriksaan kesihatan kepada jiran serta penduduk yang lain termasuk melakukan pemeriksaan tahap paras gula serta tekanan darah masing-masing.

"Mereka akan rekod segala data dan bagi kad, jika bacaan tidak bagus mereka perlu rujuk ke klinik atau hospital berhampiran selepas ini bagi pemeriksaan lanjut," kata Tengku Putera.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Serta Pelepasan Misi Pelatih ke 37 JKKK Sempena Program Misi Masuk Kampung di Dataran Kuala Berang, semalam.



Menurutnya lagi, program ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.

"Pendekatan secara masuk kampung ini diharapkan dapat ketepikan rasa takut kepada doktor, misi atau hospital yang masih ada dalam diri masing-masing.

"Sebaiknya jangan tunggu sakit barulah kita nak pergi periksa... sebaliknya perlu sentiasa jalankan pemeriksaan kerana sekiranya dikesan alami masalah kesihatan ia dapat dirawat pada peringkat awal," katanya.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: