Sunday, 11 March 2018

Lima Universiti Disenaraikan Terbaik Di Dunia

SHARE
  
Idris menyampaikan sumbangan  kepada pengetua SMK Tengku Bariah


Lima Universiti Penyelidikan Malaysia di negara ini disenaraikan berada satu peratus teratas di kalangan 300 universiti terbaik di dunia.

Universiti itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, berkata  peningkatan itu adalah dalam senarai kedudukan dunia bagi 2017/2018 seperti yang diterbitkan Quacquarelli Symonds (QS).

Katanya, hasil daripada peningkatan itu juga membolehkan lima universiti berkenaan berada dalam kelompok satu peratus teratas daripada 26,000 universiti di seluruh dunia.


"UM dan UPM menunjukkan peningkatan untuk lima tahun berturut-turut iaitu 2013 hingga 2017 dengan UM berada di kedudukan ke-114 iaitu di ambang kelompok 100 terbaik dunia serta diharapkan dapat menzahirkan impian mencapai sasaran itu menjelang 2020.

"Pada masa sama, UPM mencapai peningkatan tertinggi dengan sebanyak 182 tempat menjadikan kedudukan terkini ialah tempat ke-229 jika dibandingkan kedudukan ke-411 dunia pada 2013/2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Program Jalinan Kasih PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, hari ini.


Hadir sama, Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi yang juga Pengerusi Persatuan Ibu bapa Dan Guru SMK Tengku Bariah.

Idris berkata, pencapaian itu satu berita baik bagi landskap pendidikan tinggi Malaysia terutama pada tahun ini apabila Kementerian Pendidikan Tinggi meraikan 10 tahun memperkenalkan inisiatif universiti penyelidikan dengan harapan dapat merangsang dan membudayakan penyelidikan, penerbitan dan inovasi.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: