Monday, 26 March 2018

Kursus Kulinari, Jahitan ECERDC Beri Manfaat Kepada Keluarga Peserta AKN

SHARE
 Jebasingam  bersama Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  beramah mesra dengan peserta di bawah ECERDC

Kursus Kulinari dan Jahitan yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu berjaya memberi manfaat kepada 43 peserta dan keluarga peserta Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN).

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, semua peserta termasuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka kini sedang dilatih oleh ECERDC di bawah Program Empower. 

“Apa yang penting, bagaimana kita nak mengubah kehidupan mereka supaya mereka boleh meneruskan hidup. Malah, kita juga memberi latihan daripada segi pendidikan dan kemahiran untuk mereka,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Katanya, projek AKN  adalah satu skim pembasmian kemiskinan untuk komuniti nelayan negeri ini dan yang pertama di Malaysia.

“Projek tersebut akan dibangunkan oleh ECERDC dan akan dibangunkan sebagai zon penangkapan ikan laut bersepadu dan mampan, yang merangkumi pembinaan Terminal Perikanan Akuapolitan, Perkampungan Pemprosesan Ikan Akuapolitan dan Pusat Penyelesaian Menyeluruh Perikanan.

“Bagi menjayakannya, ECERDC telah melantik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai perunding untuk menjalankan kajian mengenai sosio-ekonomi, strategi pembangunan dan pelaksanaan menyeluruh AKN,”katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: