Thursday, 15 March 2018

KPM Peruntuk RM18.3 Juta Agih Tablet Untuk 21,979 Guru Terengganu

SHARE
lima guru dari sekolah sekitar Kuala Nerus menunjukan tablet yang diterima. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan kira-kira  RM18.3 juta  bagi mengagihkan  tablet secara berperingkat-peringkat kepada 21,979 guru di seluruh Terengganu


Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tablet itu turut dilengkapi kad sim dan aplikasi khusus untuk guru.

"Sekarang ini pengagihan tablet di seluruh daerah sedang berjalan dan kita jangka selewatnya hujung bulan ini semua guru bakal memperoleh tablet berkenaan.

"Kita percaya melalui pemberian tablet kepada guru-guru ini akan memastikan usaha kita untuk memperkukuhkan kelas maya akan berjalan dengan lebih lancar,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebaik selesai menyempurnakan Majlis Pengagihan Tablet Guru KPM Daerah Kuala Nerus, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus,  Datuk Basir Ismail.

Menurut Ahmad Razif lagi, penggunaan tablet itu juga secara tidak langsung akan memudahkan guru-guru memperoleh maklumat bagi proses pembelajaran di dalam kelas nanti.

"Kita harap kecemerlangan pendidikan terus terserlah dan gemilang dengan adanya bantuan tablet ini,"katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: