Monday, 19 March 2018

Kesedaran Bumiputera Terhadap Pelaburan Saham Masih Lemah

SHARE

Tengku Putera memalu gong sebagai gimik merasmikan program. Harish Fadzillah Abu Kassim

Penglibatan golongan Bumiputera dalam pelaburan saham masih lagi rendah dan perlu diberi lebih pendedahan agar mereka dapat menjadi pelabur yang berjaya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pedagangan)Kementarian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak, berkata orang Melayu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain dalam bidang saham.

Katanya, mereka lebih gemar untuk terlibat dengan pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang serta mudah terpengaruh dengan jaminan akan mendapat pulangan lumayan dalam jangka masa yang singkat.


“Golongan ini perlu diberi perhatian dan didikan mengenai asas pelaburan yang betul. Mungkin sebelum ini mereka ada melabur tetapi tidak menguntungkan dan sebab itu memilih jalan mudah dengan menyertai skim cepat kaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Pelaburan Saham Terengganu 2018, ‘Pelaburan Berteraskan Syariah’ di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir merasmikan seminar Pengerusi Jawatankuasa dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Menurut beliau, program-program sedemikian mampu memberikan pendedahan, peluang dan perkongsian yang bermanfaat kepada masyarakat untuk menceburi bidang saham.

“Pihak kami mahu masyarakat melabur dengan bijak dan pandai menilai risiko sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat.


“Mereka perlu belajar teknik pelaburan dengan betul, tahu bila masa hendak jual atau beli saham dan mengetahui keadaan ekonomi dunia mampu mempengaruhi sesuatu nilai saham berkenaan.

“Oleh itu, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri dan menajamkan kemahiran. Untuk menjadi seorang pelabur saham yang berjaya, proses pembelajaran tidak pernah terhenti dan sentiasa dikembangkan dengan ilmu-ilmu baharu,” katanya

SHARE

Author: verified_user

0 komen: