Thursday, 29 March 2018

Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif

SHARE
Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim


Rakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu selama satu penggal antara 1999 hingga 2004.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, rakyat menerima kesan yang cukup perit apabila pemimpin pembangkang ketika itu gagal menjaga dan mengutamakan rakyat sebagaimana janji-janji mereka sebelum pilihan raya umum.

Katanya, walaupun Barisan Nasional (BN) kalah dan gagal memerintah negeri ketika itu, pemimpin UMNO tetap menjalankan kerja dan amanah kepada rakyat.

"Pemimpin UMNO tetap menjenguk dan menjaga rakyat meskipun kalah tetapi lihatlah pemimpin Pas, mereka menghilangkan diri dan hanya muncul semula menemui rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.


 "Jangan mudah tertipu dengan pemimpin pembangkang yang kini giat masuk kampung dan menabur pelbagai janji jika menang pilihan raya umum kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pertemuan Bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Nerus, Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.

Ahmad Razif berkata, perbezaan itulah yang perlu dinilai oleh rakyat dalam memilih parti yang mampu menjaga mereka sama ada susah atau senang dan bukannya memilih waktu.



"Kini banyak janji ditabur oleh pemimpin Pas tetapi rakyat perlu berani bertanya sama ada janji-janji yang pernah mereka buat jika menang pada pilihan raya umum lalu sudah ditunaikan atau sebaliknya.

"Rakyat juga perlu bertanya di manakah pemimpin Pas berada dan mengapa mereka tidak mengambil tahu penyokong dan pengikut mereka yang menghadapi masalah setelah kalah pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, berbeza dengan pemimpin UMNO walaupun kalah, mereka tetap boleh ditemui pada bila-bila masa dan di mana sahaja, malah bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira fahaman politik.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: