Saturday, 31 March 2018

Gimnasium Rakyat Dibangunkan Di Setiap DUN

SHARE
Antara aktiviti dilaksanakan sempena Fit Malaysia pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Terengganu bakal membangunkan gimnasium rakyat di Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kemudahan sukan di seluruh Terengganu untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat.


Katanya, buat permulaan, kemudahan itu akan dibina di Kuala Nerus sebelum diteruskan ke setiap DUN.

"Kita juga merancang untuk mewujudkan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berserta insentif untuk menggalakkan rakyat membentuk berat badan ideal," katanya ketika merasmikan Program FIT Malaysia peringkat negeri di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, pagi ini.


Ahmad Razif turut mengumumkan pembinaan litar lumba kedua bersebelahan Velodrom Azizulhasni yang bakal dibina di Dungun.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Briged Jeneral Mohd Khairy Jamaluddin juga mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan baharu di DUN Jabi untuk masyarakat sekitar Setiu.

Khairy berkata, program Fit Malaysia di Terengganu pada kali ini mencatat rekod tersendiri, apabila menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta menerusi acara larian dan berbasikal sekali gus menjadi antara penyertaan terbesar negara setakat ini.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: