Saturday, 3 March 2018

EKSPO TERENGGANUN 2018 : Barangan Keperluan Murah, Menjimatkan

SHARE


Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  meninjau tapak Jualan Sentuhan Rakyat  kira-kira 20 minit sambil beramah mesra dengan pengunjung yang datang seawal pagi untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah.

Program selama dua hari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Barang keperluan asas seperti telur, gula, minyak, ikan dan beras menawarkan potongan dari lima hingga 20 peratus termasuk tawaran istimewa sekilo daging lembu hanya dijual dengan harga RM25 berbanding dengan harga semasa RM30.

Perdana Menteri tiba di tapak jualan itu dari TH Hotel dengan menaiki bas elektrik,  My Bas MARA Liner.

Rata-rata pengunjung ketika ditemui di  tapak program jualan itu juga melahirkan rasa puas hati dan memuji usaha Kerajaan Persekutuan itu serta berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang.

Seorang pengunjung terawal yang ditemui, Roslina Ramli , 42, surirumah  yang berasal daripada Kuala Nerus menganggap program jualan itu sangat membantu meringankan beban rakyat.


"Sebenarnya saya datang ni sebab nak sambut Perdana Menteri(PM) tapi terjebak kat jualan ni sebab harga barang murah berbanding biasa.

"Sangat bagus program sebegini...tak perlu susah payah nak pergi beli kat lain..alang-alang dah ada semua barang keperluan dapur yang memang perlu dibeli setiap bulan ada di sini jadi saya beli terus dekat sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Nur Fatma Zahirah Jasni, 24, yang ditemui juga bersyukur dengan insentif Kerajaan Pusat yang berusaha mengurangkan bebanan dihadapi rakyat dalam berbelanja.


"Harga memang murah, sangat berpatutan dan menjimatkan... harganya jauh lebih murah daripada di pasar raya.

"Saya berterima kasih kerana program ini sedikit sebanyak memang membantu kami untuk membeli barang keperluan pada harga cukup murah.

"Macam hari ni, saya cuma habiskan lebih kurang RM100 untuk membeli telur, minyak, tepung, ayam dan sayur berbanding hari biasa RM130.Cuma kita harapkan, ia dapat diadakan dengan lebih kerap lagi kerana dapat mengurangkan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan," katanya.








SHARE

Author: verified_user

0 komen: