Thursday, 1 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: PUGT Bimbing 40 Usahawan Baru

SHARE



Rozali (paling kanan) mengiringi A. Latiff menyampaikan bantuan pakaian sekolah kepada pelajar sekolah rendah di Dataran Bidara, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu melalui Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) kini giat memberi bimbingan kepada 40 usahawan baru.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozali Salleh berkata, program yang bermula sejak November 2014 itu diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang perniagaan.

"YPU kini giat memberi latihan dan tunjuk ajar yang merentasi semua peringkat umur, taraf hidup dan sebagainya bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat menceburi bidang keusahawanan.

"Bagaimanapun, fokus kita adalah untuk menarik lebih ramai graduan terutamanya yang sukar mencari pekerjaan mengambil peluang yang ditawarkan ini,"katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. 

Beliau sebelum itu mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa. Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang mengagihkan set pakaian sekolah kepada 175 pelajar sekolah rendah yang ditaja oleh Ekuiti Nasional Berhad melalui My-Sutera Sdn Bhd yang terkenal dengan pakaian sekolah jenama Canggih.

Rozali berkata, graduan seharusnya memanfaatkan peluang untuk menceburi bidang perniagaan yang sememangnya menawarkan pulangan lumayan.


"Secara keseluruhan ketika ini 153 usahawan berdaftar dan berada di bawah YPU di seluruh negeri ini,"katanya.

Sementara itu, Rozali turut memuji usaha Persatuan Usahawan Produk dan Perkhidmatan Beroda Terengganu (PUPBT) yang berjaya menarik ramai usahawan kenderaan saji yang rata-ratanya terdiri daipada golongan muda.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: