Friday, 2 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Pembangkang Sengaja Timbul Isu Taman Ilmu

SHARE
Muhammad Pehimi bersama pemenang Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


 Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda tertentu dengan mempolitikkan isu Taman Ilmu di Tembila, Besut .

Setiausaha UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, Taman Ilmu sedang rancak dibangunkan, malangnya ia cuba dipolitikkan saat menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14.

“Pembangkang cuba masuk kawasan larangan (Taman Ilmu). Dalam hal ini, saya serahkan kepada pihak kerajaan untuk memastikan kawasan larangan ini tidak dicerobohi kerana apabila mereka cerobohi, tentunya mereka tidak dapat maklumat yang tepat.

“Kalau mereka ingin mendapatkan maklumat tepat, mereka tidak perlu ceroboh, boleh berjumpa dengan pihak kerajaan dan dapatkan apa maklumat yang diperlukan. Tidak perlu ceroboh tempat yang dilarang.

“Kalau tidak, mereka masuk tanpa kebenaran. Ada apa yang mereka lihat? Ada apa yang mereka pandang? Mungkin persepsi mereka berbeza dengan keadaan sebenar dan seterusnya fakta yang dikeluarkan kepada masyarakat adalah fakta yang salah. Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

 Muhammad Pehimi diminta mengulas perkara itu kerana ada penganjuran konvoi ke Taman Ilmu di Tembila, Besut oleh Pemuda Pas Terengganu selepas solat Jumaat tadi.

Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Asriazwa Wan Husin sebelum ini berkata, program itu akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, bagi membawa rakyat melihat projek kerajaan BN yang bermasalah.

Sementara itu, jelas Pehimi, Taman Ilmu kini sedang rancak dibangunkan dan rakyat negeri ini akan mendapat berita gembira berkaitnya dalam masa terdekat.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: