Saturday, 3 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : 126,125 Pengunjung Serbu Pada Hari Keenam

SHARE

Orang ramai berpusu-pusu membanjiri tapak Ekspo Terengganu 2018 pada hari keenam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Seramai 126,125 pengunjung telah membanjiri Pekarangan Kompleks Sukan Negeri pada hari keenam Ekspo Terengganu 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata jumlah keseluruhan kehadiran setakat hari keenam penganjuran ekspo ialah 426,433 orang.


“Jumlah ini menjadikan sasaran awal kehadiran telah berjaya dicapai, namun kita mengharapkan jumlah ini akan lebih meningkat pada hari terakhir terutamanya dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan merasmikan majlis penutup ekspo hari ini ,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


Beliau menambah, hadiah pengunjung bertuah utama berupa sebuah rumah, satu lot tanah pertanian, satu lot tanah perumahan, sebuah kereta myvi dan sebuah kenderaan pacuan empat roda berjenama Toyota Hilux akan diumumkan pada malam esok (3 Mac).

“Cabutan akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 10.30 malam di tapak ekspo, selain itu, para pengunjung juga akan
disajikan dengan pertunjukan bunga api yang gilang-gemilang, justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menantikan detik istimewa ini,”jelasnya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: