Wednesday, 14 March 2018

Calon BN Sudah Muktamad

SHARE
Menteri Besar bersama tetamu kehormat yang hadir  bergambar bersama replika cek dividen projek usahama Felcra Berhad berjumlah RM1.3 juta pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku SyamimTengku Ismail
Semua calon Barisan Nasional (BN )Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah dimuktamadkan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang ini.

Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Menurutnya, semua senarai calon yang akan bertanding bersedia untuk didedah dan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. 

"Kita buat pilihan calon ini selepas mengambil kira kehendak dan pandangan rakyat. Tiada yang disyorkan oleh sesiapa sebab kita ada agensi yang dilantik untuk turun ke bawah  bagi menilai dan mendengar suara rakyat.

"Paling penting wakil rakyat yang dipilih itu perlu berwibawa dan mereka ini di kalangan yang mampu menjalankan tugas untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kawasan masing-masing,"katanya.



Beliau berkata, wakil rakyat dan pemimpin yang disyorkan sebagai calon PRU14 ini adalah di kalangan mereka yang mampu memenangi hati rakyat dan menunjukkan rekod yang baik sepanjang berkhidmat.

Tambahnya, itulah cara kerja yang dipraktikkan BN selama ini dan pada masa akan datang kerana keutamaan parti itu menunaikan tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin supaya rakyat membuat penilaian yang tepat setiap kali pilihan raya umum.


  

SHARE

Author: verified_user

0 komen: