Wednesday, 14 March 2018

Azizulhasni, Wan Nawawi Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan dan Kepimpinan Sukan

SHARE



Mohd Azizulhasni  dan Wan Nawawi bersama anugerah masing-masing. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim 


Anak kelahiran Dungun, Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017 yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.

Anugerah itu berjaya diraih Azizulhasni  atau digelar The Pocket Rocket Man  berikutan mempamerkan prestasi cemerlang di beberapa kejohanan dunia dan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos tahun lalu.


Beliau pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menggegar dunia dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UC) di Hong Kong.

Dengan kemenangan itu, Azizulhasni berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil selaku pemenang utama.
 

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato’ Wan Nawawi  Wan Ismail dianugerahkan  Kepimpinan Sukan berikutan kejayaan  pasukan boling padang kebangsaan yang diketuai beliau selaku Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) yang meraih enam emas pada Sukan SEA KL2017 lalu.
 
Tahun ini, Majlia Sukan Negara (MSN) telah menerima 83 senarai calon untuk 11 kategori yang ditawarkan yang mana jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding edisi sebelum ini, sekali gus membuktikan prestasi atlet negara kini semakin melonjak ke tahap agak meyakinkan.

ASN yang diperkenalkan sejak 1966 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air.


SENARAI PENUH PEMENANG ASN 2017:

1. Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang @ Muda (Berbasikal).

2. Olahragawati Kebangsaan - Cheong Jun Hoong (Terjun).

3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga).

4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Tiada pemenang.

5. Pasukan Lelaki Kebangsaan - Pasukan Hoki Lelaki.

6. Pasukan Wanita Kebangsaan - Pasukan Tenpin Boling Wanita.

7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Mohd Poad Md Kassim (Olahraga).

8. Jurulatih Wanita Kebangsaan - Yoong Sze Yuin (Bola Keranjang).

9. Anugerah Tokoh Sukan - KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

10. Anugerah Kepimpinan Sukan - Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (Persekutuan Lawn Bowls Malaysia).

11. Anugerah Khas - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) & Hafizh Syahrin Abdullah

SHARE

Author: verified_user

0 komen: