Wednesday, 21 February 2018

Yakin BN Terengganu Menang Besar- Ahmad Razif

SHARE


Ahmad Razif bersama Wanita UMNO selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018. Harish Fadzillah Kasim

UMNO Terengganu yakin parti Barisan Nasional dapat mengekalkan kuasa pemerintahan negeri ini dengan jumlah kerusi  lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 seperti mana yang pernah dicapai PRU pada 2004.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata  berdasarkan rekod dan pemantauan, rakyat hari ini semakin sedar  dan mula menerima apa yang dilakukan kerajaan, selain  senario politik semasa dan jentera parti dikatakan semakin padu.

Katanya, oleh itu, tidak mustahil untuk Terengganu mengulangi sejarah pencapaian cemerlang pada PRU Ke- 12 apabila memenangi 28 daripada keseluruhan 32 kerusi berbanding hanya empat kerusi pada tahun 1999.

"Ketika ini seluruh jentera parti sudah bersiap sedia untuk 'berperang' dan hanya menunggu 'signal' daripada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak.," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018 di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang petang tadi.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang; Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam dan Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Dato' Rohani Abdullah.

Seramai 580 pemimpin pergerakan Wanita UMNO hadir dalam program yang disifatkan sebagai persediaan peringkat akhir sebelum menghadapi PRU-14.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: