Wednesday, 14 February 2018

Terengganu Capai 100 Peratus Agensi Tandatangani IBR

SHARE
Ahmad Razif bersama penjawat awam dan kakitangan GLC pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC. Foto Harish Fadzillah Kassim


Kesediaan 100 peratus agensi di bawah kerajaan Terengganu untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)  membuktikan kejayaan program itu dalam usaha membanteras rasuah sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Mohd Zaki Hassan berkata jumlah  itu termasuk 72 agensi kerajaan termasuk badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan IBR pada hari ini.

"Alhamdulillah setakat ini juga, kami masih belum menerima sebarang aduan mengenai perlakuan rasuah dalam kalangan petugas di semua agensi tersebut," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
Majlis Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir merasmikan pgram Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Program itu sangat berkesan dalam mendidik anggota masyarakat dalam memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa. 

Dzulkifli seterusnya memuji komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan Terengganu untuk memastikan seluruh kakitangannya sentiasa bebas daripada gejala rasuah.

Beliau turut menarik perhatian bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang mencatat jumlah keahlian tertinggi menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di bawah kelolaan SPRM sejak dilancarkan tahun lalu.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: