Monday, 12 February 2018

Taman Ilmu : Ketua UPU Bandar Jerteh Ceroboh Untuk Memfitnah?

SHARE

Taman Ilmu yang diilhamkan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan berkonsepkan ‘Sharing Fasility’ yang kini diteruskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad Razif berusaha yang dilakukan oleh rakan kepimpinan terdahulu demi memartabatkan pendidikan Negeri Terengganu demi melihat bangsanya terus maju dan cemerlang.

Ketika ini beliau berusaha keras untuk mengembalikan perancangan awal yang telah dibuat kerajaan negeri sebelum ini.

Tular di laman sosial aplikasi whatsapp satu video yang menunjukkan kononnya kerajaan BN Terengganu mengabaikan terus Taman Ilmu yang terletak di Tembila, Besut Terengganu.

Umum mengetahui projek ini terhenti seketika kerana faktor-faktor yang telah dijelaskan beberapa kali termasuk jawapan di dalam sidang DUN Terengganu yang terbaharu.

Sepatutnya wakil rakyat PAS dengan rendah hati menceritakan kedudukan sebenar projek yang bakal menaikkan nama negeri dan juga lokaliti tersebut.

Adakah wakil rakyat PAS melihat isu Taman Ilmu ini sebagai senjata utama untuk menyerang kerajaan BN Terengganu walaupun mereka tahu apa perancangan sekarang dan masa hadapan projek berkenaan.

Projek Taman Ilmu seperti yang dirancang oleh MB Razif bakal melalui beberapa fasa . Fasa-fasa awal sudah pun berjaya dilaksanakan seperti asrama, masjid dan beberapa fasiliti yang lain.

Individu yang dipercayai Ketua UPU Bandar Jerteh dilihat cuba menyebarkan laporan yang tidak benar dan menceroboh kawasan yang diwartakan.

Beliau sepatutnya maklum dan lebih cerdik apabila melibatkan ‘ceroboh harta milik orang lain’ tidak perlu ada pengawal keselamatan untuk ditempatkan sebagai syarat pencerobohan boleh berlaku.

Ketua UPU Bandar Jerteh sepatutnya memahami apa itu membaik pulih dan apa itu rancangan projek yang terhenti selama ini.

Kerajaan BN negeri Terengganu tidak pernah selama ini membuat kenyataan akan membiarkan Taman Ilmu terbengkalai selamanya.

Laporlah perkara yang betul, bukan melihat bisul di celah punggung untuk memburukkan keadaan. - Sumber Terengganu Times

Pihak yang berkenaan wajar mengambil tindakan terhadap ketua UPU Bandar Jerteh dan juga penceroboh di tapak projek berkenaan.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: