Sunday, 25 February 2018

Syarikat Telco Perlu Pantau Kad Sim Kitar Semula

SHARE
Jailani menyampaikan bantuan cermin mata kepada salah seorang ahli persatuan pesara kerajaan Malaysia Cawangan Hulu Terengganu

Syarikat Komunikasi perlu memantau agen yang dilantik bagi mengekang masalah kitar semula kad sim di kalangan pengguna telefon mudah alih di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari berkata ini  perlu dilakukan kerana kad sim yang dikitar semula boleh mengundang pelbagai masalah kepada pengguna yang mendapat kad sim tersebut.

"Ini berlaku kerana sikap kurang cakna oleh agen-agen yang dilantik oleh syarikat komunikasi dan pihak SKMM memandang serius perkara tersebut...kajian terperinci juga sedang dijalankan.

"Pengguna asal dah minta batal tapi tak dibatalkan...kitar semula dan pengguna baru kad sim termasuk pengguna asal akan berhadapan pelbagai masalah termasuk kecurian data, 'cloning'dan sebagainya.

"Bila siap kajian oleh pihak kementerian, kita gunakan hasilnya untuk kemaskini bagi membanteras isu-isu yang berkaitan dengan kitar semula kad sim ini, " kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program 'Kami Nak Sihat' Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, hari ini.

Beliau turut menasihatkan kepada pengguna telefon mudah alih supaya sentiasa mengemaskini maklumat bagi mengelakkan masalah berkaitan apabila berlaku kitar semula kad sim.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: