Monday, 12 February 2018

Sultan Mizan Berkenan Rasmi Boardwalk Setiu

SHARE
Sultan Mizan berkenan menyempurnakan gimik perasmian 'Boardwalk Setiu' diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Sultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Boardwalk Setiu di Pengkalan Gelap, Setiu, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Turut hadir ke majlis tersebut, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Setiu, Rosdi bin Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Makhdzir Mardan dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mohktar.


Selepas merasmikan Boardwalk Setiu, Tuanku Mizan dipersembahkan dengan tayangan video Tanah Bencah Setiu dan turut berkenan menanam pokok 'Berus Mata Buaya' di situ.

Tuanku Mizan juga sempat mengadakan lawatan ke Boardwalk Setiu yang turut diiringi oleh Ahmad Razif


Dalam majlis yang sama, Tuanku Mizan turut berkenan merasmikan pelancaran buku 'Birds of Terengganu' yang ditulis oleh Anuar McAfee.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: