Thursday, 8 February 2018

Penuntut, Kakitangan UCB Ikuti Program Lestari Koperasi

SHARE

Seramai kira-kira 200 koperator, pelajar dan kakitangan University College Bestari (UCB) mengikuti program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) yang diadakan di Dewan Teater, UCB, Putera Jaya, Setiu, kelmarin.

Pengarah Kanan MKM, Najmah Nawawi berkata, program LMIK bertemakan 'Kerjasama Asas Amalan Koperasi' itu adalah anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM).

"Tujuanya diadakan program ini adalah untuk mendekatkan MKM dengan koperasi setempat, selain supaya rakyat Malaysia tahu tujuan berkoperasi dan rata-rata koperasi berjaya membantu ekonomi anggotanya," katanya.


Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato' Che Mohamad Zulkifli Jusoh.

Rahmah berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 13,900 koperasi di negara ini.

"Saya juga mengharapkan anggota koperasi dapat terus membantu ekonomi koperasi masing-masing dalam usaha menjayakan koperasi mereka," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli dalam ucapan perasmiannya berkata, untuk lebih memudahkan beliau menyarankan supaya anggota koperasi membuat potongan gaji.


Zulkifli merangkap Pengerusi Persaingan Malaysia itu juga mengharapkan melalui program itu, peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang peranan yang dimainkan oleh SKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri  dan secara tidak langsung ianya untuk manfaat gerakan koperasi dan peranan penguna.

Hadir sama pada program itu ialah Naib Canselor UCB, Ab Aziz Yusof, Timbalan Pengarah KPDNKK Terengganu, Md. Nawawi Ab. Rahman, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Arif Asyraf Mohamed Khatim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu, Alias Mustaffa.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: