Friday, 16 February 2018

MBKT Bakal Sita Haiwan Peliharaan Tanpa Pengawasan

SHARE
Samiun

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bakal menjalankan operasi menangkap haiwan berkeliaran dari semasa ke semasa.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, operasi tersebut dijalankan kerana makin banyak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing berkeliaran di jalan raya serta kawasan awam tanpa pengawasan.

"Di bawah perkara 6 UUK (haiwan merayau) MBKT 1989, pihak majlis boleh mensita atau menembak mana-mana haiwan yang didapati merayau atau berkeliaran dalam kawasan majlis.

"Operasi menangkap haiwan yang berkeliaran tersebut akan dijalanlan semasa ke semasa. Kompaun akan dikenakan sebanyak RM250 terhadap pemilik ternakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MBKT.

Dalam kenyataan tersebut juga, Samiun berkata haiwan ternakan tersebut akan disimpan di depoh tahanan MBKT, Chendering dan hendaklah dituntut dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan.

Tambahnya, jika haiwan yang ditangkap atau disita tersebut tidak dituntut melebihi seminggu dari tarikh tangkapan, haiwan tersebut akan dilelong dan lelongan akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.

Jumlah kadar tebus adalah RM30 seekor dan caj tambahan adalah RM10 seekor bagi setiap hari selepas itu.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: