Tuesday, 20 February 2018

Lebih 1,000 Hadir Program Penerangan Isu Semasa

SHARE
Lokman ketika memberikan penerangan isu-isu semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Seramai lebih 1,000 kakitangan awam negeri Terengganu dan pusat hadir dalam program penerangan isu-isu semasa berkaitan dasar-dasar kerajaan yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Program penerangan yang ke-3 dijalankan oleh pihak UKOM pada tahun ini telah banyak memberi input yang positif berkait dasar kerajaan negeri dan pusat yang mana sebelum ini hanya menerusi media sosial sahaja.

Pendekatan baru itu disambut baik oleh jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mana telah mendapat input yang betul berkaitan dasar yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional(BN) hari ini.

Dengan kerjasama dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Dato’ Lokman Nor Adam yang telah menjelajah sebanyak 296 tempat dan program (temasuk hari ini) di seluruh negara yang bermula pada januari 2017 lagi.

Peserta kali ini terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Marang serta Kuala Nerus, UMNO Bahagian Kuala Terengganu, UMNO Bahagian Kuala Nerus dan NGO’s Terengganu.


Turut bersama Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir dan Timbalan Pengarah (Operasi) UKOM, Ruslan Abdul Rahman.

Lokman berkata, sebagai kakitangan awam yang berhadapan dengan masyarakat harus memahami dasar-dasar kerajaan negeri dan juga pusat agar dapat menyampaikannya hingga ke dasar.

"Kita seharusnya mengambil tanggungjawab bersama menyampaikan dasar-dasar yang telah dibuat kerajaan agar rakyat serta masyarakat setempat memahaminya.

"Saya mengharapkan apa yang saya sampaikan hari ini boleh di panjangkan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini khasnya dan jika ada perkara yang masih tidak faham boleh menghubungi saya di talian telefon yang diberikan", katanya. - Terengganu News


SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: