Friday, 2 February 2018

KT City Fun Jaya Konsep Ketiga TTB

SHARE
Peserta KT City Fun Run 2018 bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan larian sejauh empat kilometer di Pulau Warisan, kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra

Program beriadah, KT City Fun Run 2018  mencapai konsep ketiga dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu keluarga bahagia serta penyatuan bangsa supaya kekal harmoni sampai bila-bila, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, program yang berkonsepkan riadah bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.


"Selain menjadi gelombang kepada sektor pelancongan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan kerana mereka di sini juga sebagai tempat untuk bersosial.

"Yang paling seronok kita dapat lihat berlaku penyatuan, tidak kira bangsa dan agama, mereka dapat bersama.  Inilah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ingin mempastikan kehidupan yang harmoni yang kita perjuangkan sejak dulu, kini dan selamanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.


Seramai 4,000 peserta mengambil bahagian berlari mengelilingi  Bandaraya Kuala Terengganu sejauh empat kilometer.

Peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah utama sebuah motosikal.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: