Tuesday, 27 February 2018

Keselamatan Di Beberapa Lokasi Akan Dipertingkatkan

SHARE

Sebahagian daripada peserta seminar bergambar bersama Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.


Kerajaan Negeri bakal memperketatkan ciri-ciri keselamatan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti bagi menjamin keselamatannya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata isu keselamatan tidak boleh dikompromi kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes telahpun berlaku.

“Kita sudah mengenalpasti lokasi-lokasi tersebut dan kita akan perketatkan dari segi kawalan keselamatan.


“Lokasi yang dikenalpasti antaranya kawasan tenaga eletrik, telekomunikasi, penyiaran, minyak,gas, pengangkutan,  pengairan, percetakan, air dan sebagainya termasuk juga di pejabat Wisma Darul Iman yang menjadi tempat tumpuan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Zon Pantai Timur Tahun 2018 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia (sektor Dasar), Kapten Rusli Abd Rahman dan Pengurus Besar Kanan Jabatan Keselamatan Kumpulan Petronas, Mohamed Abdul Kader Mohamed Kassim.


Tambah Ahmad Razif, selepas perbincangan dibuat bersama Wan Nawawi, langkah-langkah keselamatan akan dilakukan sebelum sesebuah majlis bermula yang melibatkan ramai pengunjung.

“Taklimat keselamatan perlu diberikan sebelum majlis bermula kerana kita tidak boleh menduga apa sahaja malapetaka atau musibah yang boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Menurut statistik terkini daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Zon Pantai Timur menunjukkan, terdapat sejumlah 77 Instalasi Sasaran Penting yang masih aktif dan berfungsi di sekitar Zon Pantai Timur.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: