Saturday, 3 February 2018

Karnival Tentera Bersama Rakyat Tarik 10,000 Pengunjung

SHARE
Seorang pengunjung melihat senjata yang digunakan oleh pihak tentera dalam karnival Tentera Bersama Rakyat. Foto oleh Foto Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Karnival Tentera Bersama Rakyat anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan serta agensi lain berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung.

Program yang diadakan di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus tersebut menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk rakyat di sekitar DUN Seberang Takir.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  dengan adanya program sebegitu, ianya mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat.


Katanya, melalui sambutan yang menggalakkan itu, program tersebut mungkin akan diperluaskan dan untuk masa-masa akan datang.

"Jika kita dapat lihat di sini, sambutannya begitu baik sekali. Insyaallah kita akan jadikan program ini sebagai program tahunan, terutama di dDun Seberang Takir," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Tentera Bersama Rakyat di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Panglima Briged Ke-8 Infantri Malaysia, Brig Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Sebelum merasmikan program tersebut, Ahmad Razif turut menyertai Senamrobik TTB bersama pengunjung pada jam 7 pagi.


Program yang akan berakhir pada malam ini turut menyediakan Pasar Jualan Rakyat, pameran dan pemeriksaan kesihatan, sukaneka serta pertandingan mewarna.

Selain itu, cermin mata percuma turut diberikan kepada pengunjung yang layak.

Istimewanya program yang diadakan di padang bola tersebut, 'foodtruck' Chicken Cottage pertama kalinya di perkenalkan kepada pengunjung selain mereka dapat menikmati makanan secara percuma.

SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: