Friday, 23 February 2018

Jalur Lebar Negara Antara Yang Terbaik -Jailani

SHARE
Jailani sempat melawat pusat ternakan landak yang diuruskan oleh Muhammad Fauzan (kanan) di Kampung Tanggol

Jangan cuba bandingkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi 4G antara Malaysia dengan negara luar oleh rangkaian pemberi perkhidmatan, tegas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari.

Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar di negara ini merupakan antara yang terbaik berbanding negara-negara jiran dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar termasuk rangkaian 4G.

Jelasnya lagi, kerajaan menerusi SKMM mempunyai kaedah tersendiri bagi mengendalikannya supaya perkhidmatan jalur lebar ini lebih meluas dan menyeluruh termasuk kawasan pendalaman.

"Kita sentiasa komited bagi menaik taraf kelajuan jalur lebar seluruh negara dengan sasaran 95 peratus kawasan bakal dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar menjelang tahun 2025 berbanding 84.5 peratus pada masa ini.

"Kadar jalur lebar kita antara yang terbaik..tak timbul isu berkaitan signal dan sebagainya tapi kita ambil maklum dari segi komen yang diberi ..saya ingin nyatakan disini bahawa proses penaiktarafan daripada 3G kepada 4G ketika ini sedang berlangsung meliputi semua rangkaian pihak pemberi perkhidmatan di seluruh negara, ' kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat perusahaan landak yang di usahakan seorang penduduk di Kampung Tanggol,Kuala Berang hari ini.

Tambahnya, jika hendak bandingkan dengan perkhidmatan jalur lebar dengan Singapura dan Vietnam adalah kurang sesuai kerana perkhidmatan kita lebih menyeluruh sehingga ke pendalaman.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kajian Open Signal berpengkalan di Britain yang mendapati rangkaian 4G Malaysia jauh lebih lambat berbanding Singapura (44.32 Mbps) Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps).
SHARE

Author: verified_user

0 komen: