Tuesday, 13 February 2018

Hajar Cekal Bina Empayar Bisnes Online

SHARE


Hulu Terengganu: Kehilangan tempat bergantung ketika menuntut di sekolah rendah menjadi pencetus semangat kepada pemilik THE BONUM, Siti Hajar Mohd Sapien,24, menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan dan pengajiannya.

Menurut anak kelima daripada lapan beradik itu, semangat berniaga sentiasa berkobar dalam diri membuatkannya sering mencurahkan pelbagai idea walaupun ia kelihatan sukar direalisasikan.

"Sejak kecil saya sudah biasa melihat arwah ayah membuat cermin dan aluminium untuk menyara keluarga. ‘darah berniaga’ sudah sebati dalam diri dan tiada sifat malu meskipun ditertawakan rakan sebaya ketika itu.

“Sebaik saja tamat zaman sekolah menengah, Hajar dah lama pasang niat nak ambil alih perniagaan arwah ayah dan sewaktu masih bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah,Hajar berniaga sambilan dengan menjual Nasi Kerabu bagi menampung perbelanjaan di universiti...dari situlah Hajar betul-betul memasang niat untuk berniaga," katanya.

Jelas Hajar disebabkan kuasa membeli di universiti sangat tinggi,jualannya mendapat sambutan baik sehingga dapat menampung kos pembelanjaannya.

"Syukur...kuasa membeli di universiti sangat tinggi, pelajar biasanya tak kira masa kalau ingin membeli makanan jadi Hajar fokus menjual makanan sebab permintaan.

"Hajar mula menjual nasi kerabu disebabkan tuntutan subjek pembelajaran dan lepas tu Hajar berani untuk menjualnya selepas itu dan perlu memasak nasi kerabu 10 kilogram beras sehari atas permintaan.

"Namun disebabkan masa yang agak terhad Hajar mula tukar menu dengan menjual roti sosej.Hajar start dengan 30 biji dan meningkat kepada 120 biji dengan pendapatan RM3,000 sebulan,"ujarnya lagi.

Selepas tamat pengajian selepas tamat belajar, perniagaan milik arwah ayahnya dijual kepada orang lain lain menyebabkan Hajar terpaksa bermula dari bawah untuk mengumpul modal perniagaan.

"Alhamdulillah, Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT)  anjuran kerajaan negeri dibawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) banyak membantu dan elaun yang diberikan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan.

"Bantuan daripada kerajaan negeri banyak membantu Hajar menghidupkan bisnes online termasuklah beri kepercayaan tinggi kepada usahawan graduan untuk berniaga..terima kasih kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang komited menjaga kebajikan graduan di negeri ini.

"Sekarang Hajar berniaga atas talian pakaian wanita seperti palazzo, straight cut ladies pants (hanya fokus seluar sahaja) dengan pendapatan sebulan RM5,000.

"Kini Hajar dalam proses buat 'page' bisnes dan jenama termasuk kerja sampingan sebagai pengacara sambilan,pembaca latar (VO)untuk OKB TV, Dun Kuala Berang."katanya.

Terbaharu Hajar telah dianugerahkan Anugerah Ikon Muda GPMS Terengganu 2017(kategori wanita)di Hotel Tabung Haji,Gong Badak pada bulan November tahun lepas.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: