Monday, 26 February 2018

EKSPO TERENGGANU2018: TPM Rasmi Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad

SHARE
Ahmad Zahid merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad sambil disaksikan oleh Ahmad Razif dan Yasin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Kejayaan Terengganu membina litar lumba untuk anak muda turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad (KPTDIB) yang terletak di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Ketibaan beliau turut diiringi oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat.

Selepas merasmikan kedai tersebut, Ahmad Zahid turut berkesempatan melakukan pelepasan ‘sprint’ bagi kategori kepala lori selain menyaksikan persembahan perlumbaan motosikal dari pelumba-pelumba cilik.


Sebelum berangkat pulang, Ahmad Zahid sempat beramah mesra dengan ahli-ahli koperasi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi KPTDIB, Mohd Yasin Awang berkata kedai tersebut dibina adalah bagi memberi peluang kepada ahli-ahli untuk membeli barangan dengan lebih murah daripada kedai di luar.

Katanya, empat buah kedai telah dibina di litar tersebut bagi turut memudahkan kepada peminat-peminat permotoran yang hadir ke situ untuk menyaksikan perlumbaan yang sering dianjurkan.

“Tujuan saya menubuhkan kedai ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda ke arah lebih teratur dibawah bimbingan koperasi.


“Kita ada empat buah kedai di sini untuk ahli-ahli koperasi iaitu kedai pakaian, barangan motosikal dan juga kedai makanan,” katanya.

Tambahnya, buat masa sekarang, lebih 500 ahli telah mendaftarkan diri di bawah KPTDIB  sejak ianya ditubuhkan pada tahun lalu.

“Kita tidak menetapkan yuran keahlian untuk yang berminat menjadi ahli koperasi kerana kita ingin memberi peluang kepada anak muda melabur.

“Ada yang membuat bayaran bermula RM10 dan ada yang membayar RM50 bergantung kepada kemampuan mereka,” katanya.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: