Monday, 26 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Tiba Di Terengganu

SHARE
Ahmad Razif menyambut ketibaan Ahmad Zahid yang tiba di LTSM, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. 

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 11.45 pagi ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.


Sejurus tiba di LTSM, Ahmad Zahid terus bergerak ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu untuk mesyuarat pengurusan PDRM Kuala Terengganu.

Sebelum merasmikan Ekspo Terengganu 2018 pada jam 4.00 petang, Ahmad Zahid akan merasmikan Program GOTV 2314 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri dijangka akan bertolak pulang jam 6.15 petang ini selepas merasmikan Ekspo Terengganu 2018.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: