Monday, 26 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: TPM Puji Terengganu Eksport Nasi Dagang Ke Luar Negara

SHARE


Gimik pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris fadzillah Abu Kassim dan Tengku Syamim Tengku Ismail.

 Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan langkah Kerajaan Negeri Terengganu memasarkan makanan tradisional sejuk beku sehingga ke pasaran antarabangsa adalah langkah yang sangat bijak dan wajar dipuji semua pihak

Katanya, difahamkan tindakan  luar biasa dengan memasarkan nasi dagang dan keropok lekor itu mendapat permintaan sangat menggalakkan terutama di London, United Kingdom (UK) dan Australia.

“Melalui usaha itu, Terengganu mampu memperoleh pendapatan mencecah jutaan ringgit dan apa yang dilakukan wajar diteruskan untuk kepentingan ekonomi negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO turut memberitahu  rakyat Terengganu perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi  kerana kerajaan BN akan melakukan yang terbaik untuk mereka.



Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua janji untuk memajukan negeri ini akan ditunaikan.

“Oleh itu, tidak ada sebab untuk menukarkan kepimpinan sedia ada kerana lebih banyak lagi perancangan dan pembangunan boleh dilakukan kerajaan demi kepentingan rakyat sekali gus memastikan kejayaan negara ini pada masa depan,” katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: