Monday, 26 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: TI Group Bawa Konsep Solidariti

SHARE
Sebanyak 14 anak syarikat di bawah TI Group turut menyertai pameran di Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kumpulan Terengganu Inc (TI Group) mengetengahkan konsep solidariti dalam Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula semalam.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, TI Group diberi kepercayaan mengumpulkan anak-anak syarikat bagi menyertai ekspo terbesar negeri julung kali diadakan itu.

Katanya, sebanyak 14 anak syarikat di bawah TI Group turut diberi peluang berada di bawah pavilion yang dibahagikan kepada lima kluster utama.

"Lima kluster tersebut merangkumi 'plantation', 'oil and gas', 'hospitality', 'health care' dan 'natural resources'.


"Setiap kluster diwakili oleh anak-anak syarikat yang berkaitan dimana mereka mempamerkan aktiviti masing-masing selain bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada rakyat tentang TI Group sebagai GLC Terengganu," katanya kepada Teganukita, hari ini.

Tambah Wan Ahmad Rudirman, di pavilion TI Group juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati serta dimanfaatkan pengunjung sepanjang ekspo tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah roda impian, ramah mesra bersama selebriti, pemeriksaan kesihatan oleh pakar KTS, temuduga kerjaya dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung-pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan di pavilion TI Group.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: