Monday, 26 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Sambutan Menggalakkan Untuk Hari Pertama

SHARE
Tengku Putera menerangkan kepada pengunjung untuk membolehkan mereka memenangi hadiah cabutan bertuah pada Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Sambutan Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus menyaksikan lebih 40,000 pengunjung hadir memenuhi tapak ekspo tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, sambutan bagi hari pertama sangat luar biasa.

Katanya, walaupun hanya hampir 10,000 pengunjung yang berdaftar kerana terdapat sedikit kekurangan, namun angka tersebut tidak termasuk mereka yang datang untuk menyaksikan sendiri keunikan ekspo tersebut.


"Kita mempunyai sedikit kekurangan untuk hari pertama dari segi penerangan yang dilakukan serta pendaftaran.

"Namun demikian, ianya akan segera ditambah baik bagi memudahkan pengunjung yang hadir ke ekspo ini," katanya kepada Teganukita.

Dijangkakan, sepanjang tujuh hari ekspo tersebut berlangsung, lebih 400,000 pengunjung akan membanjiri perkarangan kompleks sukan itu.

Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung di tapak ekspo itu termasuk lebih 100 gerai jualan turut disediakan di situ.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: