Monday, 26 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Pengunjung Usia 7 Tahun Menang Motosikal

SHARE
Tengku Putera melakukan cabutan bertuah untuk hari pertama bagi Ekspo Terengganu 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Ekspo Terengganu 2018 bagi hari pertama menyaksikan hampir 10,000 pengunjung mendaftarkan diri untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan sepanjang ekspo tersebut.

Dalam cabutan yang dilakukan untuk hari pertama tersebut, 21 cabutan telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Pemenang-pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk menuntut hadiah mereka.


Hadiah utama harian berupa sebuah motosikal untuk hari pertama telah dimenangi oleh pengunjung berumur tujuh tahun.

Ekspo yang berlangsung selama tujuh hari bermula hari ini bakal menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi termasuk rumah, lot tanah, kereta pacuan empat roda dan banyak lagi.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: