Wednesday, 28 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Enam Bawa Pulang Motosikal Hari Ketiga

SHARE

Seramai 21 pemenang cabutan bertuah diumumkan pada hari ketiga Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam tadi.
Semua senarai pemenang diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak bersama personaliti terkenal, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan.
Sementara itu, hadiah utama harian berupa motosikal dimenangi oleh pelajar Tahun Enam, Nor Anis Nazirah Ubaidillah.
Bagaimanapun, Nor Anis Nazirah tidak hadir dan pelajar bertuah itu akan dihubungi pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah berkenaan.
Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.

Sebelum itu, pelajar lelaki Tahun Lima memenangi cabutan bertuah motosikal pada hari kedua Ekspo Terengganu 2018.

Muhammad Haikal Daniel Mohamad, 11, muncul pengunjung bertuah daripada ribuan peserta apabila membawa pulang hadiah yang menjadi rebutan ramai itu. Sementara hari pertama juga dimenangi kanak-kanak berusia tiga tahun.
-Terengganunews




SHARE

Author: verified_user

0 komen: