Sunday, 25 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Chicken Cottage Tambah Cawangan Di Sepuluh Negara

SHARE




Ahmad Razif ketika merasmikan Food Truck Chicken Cottage Pertama sempena Ekspo Terengganu 2018 Foto oleh Zulkifli Putra

  
Restoran makanan segera Chicken Cottage terus  melebarkan sayap perniagaannya dengan penambahan  pembukaan sepuluh cawangan lagi restoran itu di luar negara bermula Mac ini. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembukaan rangkaian restoran makanan segera milik kerajaan negeri itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di mana rangkaian pertama adalah di Jerman.

Katanya, negara lain termasuk, Dubai, Algeria, dan United Kindom, London.

“Pembukaan akan dilakukan secara berperingkat dan kerajaan negeri baru sahaja menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat di Dubai di mana sebanyak enam outlet akan dibuka di negara berkenaan,” katanya.
 
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Food Truck Chicken Cottage Pertama sempena Ekspo Terengganu 2018, di Perkarangan Kompleks Sukan, Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, petang ini.

Ahmad Razif berkata, sebuah restoran di Lembah Klang juga dijangka beroperasi pada pertengahan Mac ini yang mampu menyediakan 108 kerusi kepada pelanggan.

 

“Dengan pembukaan lebih banyak outlet ini, kerajaan negeri menjangkakan keuntungan sebanyak 300,000 paun pada tahun ini.

“Malah, ia juga menjadi penambahan kepada 100 cawangan yang sedia ada di Uk, Pakistan, Algeria, Perancis, Dubai, Slovakia, Afrika selatan, Libya, Sweeden, Italy dan Iraq,” katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: