Tuesday, 27 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Buku Beautiful Terengganu Diterjemah Dalam Tujuh Bahasa

SHARE

Ahmad Razif melancarkan Buku Beautiful Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 
Buku Beautiful Terengganu yang akan menjadi panduan dan rujukan khas kepada komuniti setempat dan pelancong luar negara  bakal diterjemahkan ke dalam tujuh bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina, Arab, Korea, Jepun dan Jerman.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terjemahan itu mengikut fokus promosi pelancongan negeri dan penterjemahan dalam bahasa Jerman sedang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Frankfurt.

"Buat permulaan buku yang diterbitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Selepas ini kita cadang terjemah ke bahasa Cina pula kerana pelancong dari China ramai datang ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Buku cetusan idea dan diilhamkan sendiri oleh Ahmad Razif itu menonjolkan keunikan Terengganu terutama pulau, warisan dan makanan traditional dan ia menjadi cenderahati khas berkonsepkan "buku coffetable" di peringkat lokal dan global.

Buku Beautiful Terengganu digarap oleh Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Prof Madya Dr Noraien Mansor bertujuan membantu perhebatkan promosi serta galakan pelancongan kerajaan negeri.

Penerbitan buku Beautiful Terengganu turut mendapat kerjasama dari Pejabat Pelancongan Terengganu yang memberi input-input penting untuk dimuatkan dalam buku ini.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: