Tuesday, 27 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: 500 Belia Jadi Tourism Friends

SHARE

Ahmad Razif bersama Tourism Friends. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Seramai 500 belia berusia lingkungan  21 hingga 40 tahun sudah menjadi sahabat pelancongan yang bertindak sebagai ejen mempromosi industri pelancongan Terengganu.

 Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, ahli-ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan belia, kelab-kelab sukan dan rekreasi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain memberi kesedaran kepada belia tentang produk pelancongan, ia juga bertujuan memupuk semangat mencintai alam, kesenian, budaya dan warisan negeri.

"Tourism friends juga diharap menarik golongan belia agar lebih "think tourism" dan "act tourism" di samping memupuk semangat kelesterian kepada alam semulajadi, seni, budaya dan warisan negeri.

“Penubuhan Tourism Friends pastinya mampu mempromosi Terengganu secara lebih meluas termasuk ke luar negara melalui laman sosial, menambah dan mengaplikasi ilmu pelancongan serta mempergiatkan aktiviti keusahawanan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: