Tuesday, 27 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: 10 Persatuan Penduduk Terima Geran KP1M RM100,000

SHARE


Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Sebanyak 10 persatuan penduduk sekitar negeri ini menerima geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) bagi tahun 2018 bagi menambah baik kemudahan serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.

Geran tersebut diserahkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam Majlis Penyampaian Geran Komuniti Penduduk 1 Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Tapak Ekspo Terengganu 2018, Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Surayati Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Terengganu, Mohd Mufsi Lat.



Sementara itu, Mufsi menyeru agar lebih ramai komuniti di Terengganu memohon geran tersebut bagi menambah baik kemudahan serta membaik pulih tahap serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.

Katanya, pihaknya terpaksa memulangkan kembali sebanyak RM130,000 kepada Kerajaan Pusat pada tahun lalu kerana komuniti dan masyarakat tidak menyedari tentang kewujudan geran itu.

“Tahun lalu hanya 18  daripada 22 persatuan komuniti yang berdaftar memohon geran membabitkan perbelanjaan sebanyak RM170,00.

"Pada tahun ini sebanyak 48 komuniti sudah berdaftar dan daripada RM400,000 yang diperuntukkan, sebanyak RM100,000 geran sudah diagihkan kepada 10 komuniti,” katanya yang ditemui selepas majlis tersebut.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: