Wednesday, 21 February 2018

Anak Dungun Wakil Malaysia Di Asean-EU Young Leader Forum

SHARE
Sharif menerima sumbangan dari Menteri Besar di atas kejayaannya mewakili Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Anak Kelahiran Dungun, Ahmad Sharif Haron,28, dipilih sebagai wakil Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum di Brussels, Belgium.

Beliau yang merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata amat bertuah apabila menjadi wakil tunggal negara untuk melibatkan diri dalam forum tersebut.

Katanya, forum yang bakal bermula pada 26 Februari ini akan melibatkan 10 wakil dari Asean dan 28 wakil dari EU menjadikannya dari 38 negara.


"Peluang mewakili Malaysia dalam forum ini bermula apabila saya menghantar resume saya kepada Kementerian Luar Negeri dan Alhamdulillah pihak kementerian memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil.

"Saya juga amat teruja serta gembira apabila Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sendiri mengucapkan tahniah di atas kejayaan saya untuk menjadi wakil Malaysia dalam forum tersebut," katanya kepada Teganukita.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima sumbangan dari Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, hari ini.


Turut hadir Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Noh.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: