Wednesday, 14 February 2018

40,000 Kenderaan Bakal Penuhi LPT 2

SHARE
Aidi menyaksikan Roslee Daud memakaikan topi kaledar baru kepada salah seorang pengguna jalan raya pada majlis Pelancaran Keselamatan  Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dijangkakan sesak dengan penambahan bilangan kenderaan yang melalui laluan tersebut sehingga tiga kali ganda sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata bermula Khamis ini, dijangkakan peningkatan sebanyak 40,000 buah kenderaan dan ianya akan menambahkan kesesakan di jalan-jalan keluar.

Katanya, sepertimana Ops Selamat yang dilakukan pada tahun sebelumnya, pihaknya akan melakukan kawalan secara 'total enforcement' bagi mengawal kesesakan lalu lintas dan membendung kemalangan jalan raya selain mencegah kecurian dan pecah masuk.


"Walaubagaimanapun, kita akan menempatkan anggota-anggota kita untuk melancarkan perjalanan.

"Keseluruhan anggota polis yang bertugas sepanjang Ops Selamat 12 adalah seramai 58 pegawai dan 362 anggota.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Keselamatan  Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018 berdekatan Bazar Padang Negara di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Pelancaran majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan  Raya (MKJR) Terengganu, Roslee Daud.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azlimin Mat Noor; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Left. Kol. Che Adam A. Rahman.


Dalam pada itu, walaupun terdapat pengurangan kemalangan dari segi statistik berbanding tahun lepas, Aidi berharap agar pengguna jalan raya berhati-hati agar tidak terjadi perkara tidak diingini.

Tambahnya, tiga kawasan 'blacksport' telah dikenalpasti iaitu KM 3 Jalan Kuala Terengganu/Kuantan ( Jalan Kamarudin), KM72 - KM73 Jalan Kuala Terengganu/Kuantan (Pulai Serai) dan KM170 Jalan Jerangau/Jabor (Padang Kubu).

Ops Selamat 12 telah bermula pada pada 9 Februari lalu dan akan berakhir pada 23 Februari ini.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: