Saturday, 3 February 2018

2,400 Polis Terengganu Dikerah Pada PRU14

SHARE
YB Dato' Seri Jailani Johari (tengah) Bersama Anggota & KP PDRM Terengganu Dalam Simulasi PRU di Kuala Berang Water Front, Hulu Terengganu 


Seramai 2,400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerah dan bersiapsiaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 di Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, pasukannya sudah melakukan pelbagai persediaan termasuk menjalani lima fasa latihan amal pra PRU14  bagi memastikan sentiasa bersedia dan berada di tahap terbaik.

"Seramai 2,400 daripada 2,900 pegawai dan anggota polis Terengganu bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk kemungkinan mahupun ancaman ketenteraman awam.

"Dalam tempoh dua hari ini, kita menjalankan simulasi penamaan calon dan berkempen sebagai persediaan menghadapi PRU14 agar mereka dapat mengawal situasi dengan penuh profesional.

"Kita juga bersedia dari segi logistik dan sentiasa siap sedia untuk digunakan.Pihak kami sehingga kini masih menunggu jawapan daripada pihak Bukit Aman berkaitan penambahan 400 anggota bagi membantu negeri Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Latih Amal Pergerakan Sepanjang Tempoh PRU14 Siri 2 di Dataran Waterfront, Kuala Berang hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari. 



Tambah Aidi lagi, pada simulasi siri kedua di Hulu Terenganu pada kali ini, seramai 500 pegawai dan anggota daripada Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu serta Batalion 9 Pasukan Gerakan Am terlibat sepenuhnya.

"Simulasi pada kali ini lebih kepada kempen yang mana ada pihak yang berkempen dan diganggu oleh sekumpulan individu serta menimbulkan keadaan huru-hara sebelum berjaya dileraikan anggota PDRM," kata Aidi.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: