Monday, 15 January 2018

Universiti Seniman Agung P. Ramlee Di Taman Ilmu

SHARE

Nama lagenda Seniman Agung P. Ramlee akan diabadikan pada universiti yang bakal  beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Jertih, bagi melahirkan pelajar dalam jurusan seni dan budaya.

Penubuhan universiti itu dicadangkan Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di kawasan Taman Ilmu itu berikutan ia mempunyai pelbagai kemudahan selain bangunannya yang mempunyai reka bentu menarik bercirikan budaya Melayu.

Rektornya, Dato' Dr Ir Mohamad Rizon Juhari berkata, pihaknya akan mengemukakan cadan penubuhan universiti itu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri secepat mungkin.

Katanya, Aswara bercadang untuk untuk nemempatkan kampus utama sekiranya mendapat kelulusan pihak berkenaan.



“Saya amat tertarik dengan lokasi Taman Ilmu yang menempatkan pelbagai pusat pendidikan dan bakal melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang seni dan budaya,” Katanya ketika melawat tapak cadangan di Taman Ilmu, Jertih, hari ini.

Turut hadir Menteri Mendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Mohamad Rizon berkata, ketika ini ada 1,000 pelajar jurusan seni dan budaya sedang mengikuti kursus di kampus Kuala Lumpur dan mereka akan dipindahkan ke kampus utama di Tembila Besut, sebaik sahaja proses perundingan dengan kerajaan selesai.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut amat mengalu-alukan cadangan penubuhan universiti berkenan di Taman Ilmu kerana kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan bangunan, asrama dan perpustakaan.

Ketuanya, Azizul Jasnmi Mohamad berharap cadangan itu  mendapat kelulusan segera pihak berkenaan supaya tempat itu tidak terbiar.

Katanya, penubuhan universiti itu  amat wajar berdasarkan seni bina bangunan serta fasiliti yg sedia ada mempunyai ciri-ciri warisan bangsa yang cukup menarik selain lokasinya berada di daerah yang mempunyai warisan seni budaya.


“Malah ia juga bersempadanan dengan negeri Kelantan yang cukup terkenal dengan produk seni dan budaya tradisional,” katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: