Monday, 22 January 2018

Suara Transformasi, Terbitan UKOM Tawar Hadiah Telefon Bimbit

SHARE

Akhbar rasmi kerajaan negeri terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Suara Transformasi kini menawarkan hadiah istimewa kepada pemenang utama bulanan, berupa sebuah telefon bimbit bagi peraduan “CARI DAN MENANG ” menerusi ruangan peraduan setiap bulan, mulai Januari 2018. 

Pertandingan yang dicetak pada muka surat enam memberi peluang kepada pembaca menghantar penyertaan  ke alamat yang  disertakan sebelum 25 Januari ini pada setiap bulan dan dibuka sepanjang tahun 2018 ini.

Selain itu, pelbagai informasi terkini mengenai pembangunan dalam negeri , sukan, pelancongan dan sebagainya boleh dibaca oleh semua golongan masyarakat.

Iklan jawatan kosong dan temuduga terbuka juga diterbitkan di dalam akhbar ini bagi memudahkan rakyat Terengganu yang sedang mencari kerja di pelbagai sektor perkhidmatan dan pengurusan negeri.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan naskhah akhbar ini secara percuma di Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Jalan Pejabat , Kuala Terengganu), masjid-masjid mukim, pejabat Penyelaras DUN,  pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: