Monday, 15 January 2018

Projek Aquapolitan Di Seberang Takir Siap Pada 2020

SHARE
Ahmad Razif meninjau perkembangan projek perumahan nelayan di Kg Lembah Harapan. Foto Harish Fadzillah Kassim 


Keseluruhan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu, Seberang Takir yang bakal dilengkapi pelbagai prasarana dan berkonsepkan Felda moden bagi membantu menaik taraf hidup nelayan akan siap selewat-lewatnya 2020.

Projek yang bakal mengubah landskap kehidupan  penduduk berpendapatan rendah terutama nelayan di kawasan terlibat  lengkap dengan pembinaan 200 unit rumah teres, masjid  moden selain kemudahan jeti bagi memenuhi keperluan nelayan.


"Masjid bernilai kira-kira RM22 juta  yang mampu  menempatkan 1,500 jemaah dalam satu-satu masa kini dalam proses pembinaan dan  dijangka siap pada Ogos tahun depan.

“Apabila siap kelak, kemudahan bakal menjadi satu lagi mercu tanda Seberang Takir di samping jambatan 'drawbridge' yang kini sedang dibina di kawasan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

"Semua infrastruktur  ini akan memberi impak pembangunan yang pesat kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang secara tidak langsung meningkatkan sektor pelancongan dan membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan peniaga tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak binaan masjid dan perumahan nelayan di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.
Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri bersetuju mengantikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dengan reka bentuk baharu dalam tempoh terdekat

“’Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu telah ditugaskan untuk mereka bentuk bumbung yang sesuai dengan infrasturktur stadium berkenaan sekaligus akan memberi kemudahan lebih selesa kepada peminat sukan yang hadir ke stadium berkenaan,”katanya.

.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: