Wednesday, 17 January 2018

Permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia 2018 Kini Dibuka

SHARE
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu (JPPMNT) kini membuka permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) Tahun 2018 yang berjumlah sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk yang berdaftar.

Pengarah JPPMNT, Mohd Mufsi Lat berkata, program itu bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat dan tenteram.

Katanya, geran KP1M akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan.

“Sehubungan itu, semua persatuan penduduk yang berdaftar di bawah JPPMNT adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut.

“Ia bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat tenteram. Geran sehingga RM 10,000 akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan di bawah JPPMNT adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Mohd Mufsi berkata, penduduk dinasihatkan tidak melepaskan peluang keemasan yang disediakan kerajaan yang memperuntukkan RM40 juta bagi merealisasikan hasrat itu, sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Oktober tahun lalu.


Borang permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi JPPM (www.ros.gov.my), portal rasmi sistem eROSES (www.eroses.gov.my) atau di kaunter JPPM Negeri yang berdekatan mulai sekarang dan tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2018.

HUBUNGI KAMI:

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Terengganu
Kementerian Dalam Negeri
No. 4-9, Tingkat 1,
Wisma Peladang Terengganu,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Telefon : 09 - 626 5885 / 09 - 626 6886
No. Faks : 09 - 626 7887


SHARE

Author: verified_user

0 komen: